Thursday, March 5, 2009

Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif ke-2 Setengah Tahun Pertama


Salam, berikut adalah perkembangan yang diperoleh melalui mesyuarat peringkat Majlis Eksekutif Marketing Students' Association (MASA), MASA telah menerima undangan untuk menghantar 2 wakil dari Jabatan Kebajikan dan Keselamatan ke Seminar Gejala Sosial pada 14 Mac 2009. Selain itu, setiap jabatan-jabatan yang bernaung di bawah pentadbiran MASA 2009 akan menerima fail meja masing-masing pada selasa hadapan dilengkapi panduan kerja dan perlembagaan persatuan. Ada beberapa perkara yang telah diterangkan sepanjang mesyuarat berlangsung, antaranya:-

  1. Permohonan untuk menghantar wakil-wakil ke pertandingan sepanjang Karnival Ulangtahun KBM ke-3 (Setiausaha Agung dan Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Kesenian)
  2. Perjumpaan Pelajar NR (Non-Resident) bersama Pengarah pada 11 Mac 2009 (Jabatan Keselamatan dan Kebajikan serta Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Insan)
  3. Kutipan derma kilat untuk 2 pelajar BBIB yang kematian bapa (Jabatan Keselamatan dan Kebajikan)
Segala pengemaskinian akan dibuat dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Yang Dipertua

No comments:

Post a Comment