Monday, February 16, 2009

Sekitar Kursus Keusahawanan (Business Coaching) Digicity Sdn Bhd


Pada 10 Februari sehingga 12 Februari 2009, Marketing Students' Association telah menghantar wakil ke kursus keusahawanan (business coaching) untuk diberi pendedahan di dalam mempelajari selok-belok mengenai pembentukan seorang usahawan yang berjaya. Wakil tersebut terdiri daripada Exco Multimedia dan Pembangunan ICT, Saudara Mohd Iqbal Johari dan Exco Keusahawanan, Saudara Ahmad Rusdan Mahmood. Program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan disertai oleh para pelajar daripada UiTM Bandaraya Melaka dan UiTM Lendu. Pendedahan seumpama ini sepatutnya dikekalkan dan menjadi satu wadah dalam memajukan diri di dalam dunia perniagaan.

Laporan seterusnya akan menyusul kemudian. Terima Kasih

Saturday, February 14, 2009

Esprit de Corps: Tunjang Kemajuan Bersama

Pada 11 Februari 2009, satu perjumpaan koordinator bersama mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) telah diadakan di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Sambutan dari para pelajar adalah menggalakkan, sekitar 65.3 peratus kehadiran telah di catatkan dari senarai pelajar yang masih menuntut di semester 1 sehingga semester 6.

Di dalam pertemuan tersebut, ada beberapa perkara telah diutarakan antaranya, penerapan nilai-nilai jati diri seorang pelajar terutamanya nilai Esprit de Corps iaitu bekerjasama di dalam satu kumpulan perlulah ada di dalam memastikan sebarang aktiviti persatuan dapat dijalankan dengan baik. ada beberapa aktiviti-aktiviti persatuan telah digariskan di dalam memastikan pelajar berada di dalam keadaan yang optimum dan mempunyai keseimbangan di dalam akademik dan bukan akademik.

Antara lain kandungan perjumpaan tersebut ialah pengumuman seluruh ahli majlis tertinggi dan ahli majlis eksekutif persatuan, seramai 5 orang ahli majlis tertinggi dan 11 ahli majlis eksekutif telah dilantik melalui proses pengundian pada semester 1 2008/2009 (semester lepas). Setiap ahli majlis eksekutif telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio masing-masing dan tempoh khidmat mereka adalah 1 tahun.