Saturday, February 14, 2009

Esprit de Corps: Tunjang Kemajuan Bersama

Pada 11 Februari 2009, satu perjumpaan koordinator bersama mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) telah diadakan di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Sambutan dari para pelajar adalah menggalakkan, sekitar 65.3 peratus kehadiran telah di catatkan dari senarai pelajar yang masih menuntut di semester 1 sehingga semester 6.

Di dalam pertemuan tersebut, ada beberapa perkara telah diutarakan antaranya, penerapan nilai-nilai jati diri seorang pelajar terutamanya nilai Esprit de Corps iaitu bekerjasama di dalam satu kumpulan perlulah ada di dalam memastikan sebarang aktiviti persatuan dapat dijalankan dengan baik. ada beberapa aktiviti-aktiviti persatuan telah digariskan di dalam memastikan pelajar berada di dalam keadaan yang optimum dan mempunyai keseimbangan di dalam akademik dan bukan akademik.

Antara lain kandungan perjumpaan tersebut ialah pengumuman seluruh ahli majlis tertinggi dan ahli majlis eksekutif persatuan, seramai 5 orang ahli majlis tertinggi dan 11 ahli majlis eksekutif telah dilantik melalui proses pengundian pada semester 1 2008/2009 (semester lepas). Setiap ahli majlis eksekutif telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio masing-masing dan tempoh khidmat mereka adalah 1 tahun.

No comments:

Post a Comment